The hand that rocks the cradle is the hand that rules the world.


Tanda Awal Kehamilan
Write by Mrs NorSalihah on Tuesday, 4 August 2015 | 0 comments

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 

Assalamualaikum wbt
Topik entri kali ni sy nak kongsi tanda awal kehamilan.Mesti ramai dah tahu, terutama ibu-ibu yg dah pernah ada pengalaman mengandung sebelum ini. Kepada yg belum tahu, ni sy nak kongsi.


TIDAK DATANG HAID
Jika sebelum ni haid korang teratur dan kini ia lambat, elok kita ambik ujian kehamilan. Tidak datang haid ialah salah satu tanda kehamilan yang paling pasti bagi seorang wanita yg telah baligh dan yg mempunyai kitaran haid yg teratur. Well, ini adalah yg first sekali kita fikir. Kan ?


KELETIHAN
Normal la kan rasa letih ? Tapi macam mana kalau terlalu letih ? Maksud sy, bila korg buat kerja sikit dah semput. Naik tangga 1 tingkat tak macam dulu gagah lagi. Buat perkara rutin menjadi satu tabiat yg meletihkan. Kadang berjalan sikit saja dah buat korg rasa mcm baru buat marathon. Ini disebabkan hormon progesteron yg tinggi. Walaupun keletihan mungkin bukanlah simptom yg pasti, tapi keletihan adalah tanda awal kehamilan.

PENDARAHAN @ KEKEJANGAN AKIBAT IMPLANTASI
Okay~ Yg ni memang meng-konfiuskan. Bukan apa, tapi bila nak datang haid memang akan rasa sakit. Sakit yg sama seperti implantasi ni. Hahh~ sy siap pakai minyak panas lg kat perut. Tapi hairan x jugak period. Nak dekat 2 minggu mcm tu baru tau yg saya positif mengandung. Sometime kekejangan ni berserta dengan pendarahan, and tu dh cukup membuatkan kita fikir yg kita period. Pendarahan tidaklah banyak, hanya sikit sahaja. But utk kepastian, baik buat saja ujian kehamilan. 


KERAP MEMBUANG AIR KECIL
Yg ni mungkin dialami oleh kebanyakan wanita, tetapi saya tak. Saya rasa kerap buang air kecil bila dh 8 minggu ke atas mcm tu. Korg akan rasa sikit2 nak buang air kecil. Padahal tak banyak minum air pun. 


MABUK HAMIL PAGI @ MORNING SICKNESS
Lain orang, lain pembawaannya, lain caranya. Sesetengah ibu hamil tak rasa pun morning sickness ni. Rasa mcm biasa saja. Nafsu makan tak berubah, malah semakin rasa nak makan. Sebelum tahu yg saya positif mengandung, selera makan sy okay saja. Tetapi bila dh dapat tahu, morning sickness terus serta merta menyerang. Doctor cakap tu adalah faktor psikologi. But seriously, memang pelik. Ada org yg menghidapi mabuk hamil ni pada pagi, ada pula malam, ada pula yg petang. And, ada yg stop pada minggu ke-16 kehamilan, ada pula lebih dari tu dan yg paling teruk ialah sampai hujung kehamilan akan merasa mabuk hamil ni. Dugaan org mengandung~ Ada org ckp, siapa yg mabuk hamil ni IQ anak tinggi. Tak taulah betul atau tak. hihi


PAYUDARA TEGANG & MEMBENGKAK 
Korang akan dapat rasa payudara membengkak dan semakin sensitif. Dan ia akan tampak lebih besar daripada biasa. So, kena prepare bra yg besar sikit agar korg selesa.


WARNA AEROLA BERTAMBAH GELAP
Jikalau korg rasa warna sekeliling payudara korg berubah menjadi gelap, ia mungkin disebabkan kehamilan. Kadangkala, ianya juga adalah disebabkan bekas kehamilan yg sebelumnya ataupun ketidakseimbangan hormon yg tidak ada kaitan dengan kehamilan. 


KEHAMILAN YANG POSITIF
Yayyy ! Macam mana nak tau klu korg positif hamil? Ada 2 option, korg pergi klinik ataupun cek sendiri menggunakan ujian kehamilan. Ada ja jual kat Watson, Guardian, atau mana2 farmasi. Elok korg cek pada waktu awal pagi selepas bangun tidur. Tapi sy tak, malam dh cek sbb tak sabar sangat nak tahu. Punyalah excited kan~ For mommys yg baru, memang akan rasa excited yg high.






FUTURE
PAST