The hand that rocks the cradle is the hand that rules the world.


Daftar Klinik Ibu & Anak
Write by Mrs NorSalihah on Thursday, 6 August 2015 | 0 comments

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Assalamualaikum wbt 
Alhamdulillah, rajin pulak sy buat entri. Selalunya selang sebulan dua, selang sehari tak update blog langsung. Mungkin disebabkan tahap bosan yg melampau. Mungkin juga disebabkan Hyperemesis Gravidarum sy dah tiada. Yayyyy ! Boleh makan dah tanpa rasa loya. MAKANNNNNNNN~ biar gemok. Rasa mcm dah berkurun tak makan. haha

Okay topik kali ni pasal daftar Klinik Ibu & Anak (KKIA). Kat Sabah buku rekod kesihatan ibu warna putih, tp kat semenanjung warna pink. Hahhh~ tak payah hairan kenapa lain2? yg penting dalam semua sama ja. 



 Ni dia buku Rekod Kesihatan Ibu kat semenanjung. Bagi yg pertama kali nak buat buku tu, klu tak tahu meh sy explain sikit. Bila korg dah tahu yg korg positif pregnant, seelok-eloknya pergi terus ke KKIA ni. Staff nurse akan bagi supplement kat korg. And diorg akan cek blood type, HIV, air kencing, tekanan darah, HB dalam darah. Semua akan kena. So, from now on, berjinak-jinaklah dengan jarum suntikan okay. haha


 Kenapa nak cek blood type?
Untuk persiapan nanti bila bersalin. Kot2 la darah diperlukan sebelum dan selepas bersalin. Kenapa sebelum bersalin pun kena pelukan darah? In case darah dalam badan korg kurang, ini lah yg membantu. Masuk pada trimester ke-2, janin akan mula membesar dengan aktif. Kat situ lah nutrien si ibu diperlukan untuk janin.

 Kenapa perlu cek HIV? Bukankah dah cek sebelum kahwin?
Yg ni pun sy dok terfikir-fikir dulu. Actually ni memang prosedur bila nak buat buku. Ini adalah untuk berjaga-jaga dan ingin tahu lebih awal saja.

 Kenapa perlu cek air kencing?
Hahh~ yg ni korg akan kena buat sehingga hujung kehamilan tau. Setiap appointment dgn doktor atau nurse kat KKIA, kena buat ujian air kencing ni. Bukan nak tengok korg positif atau negatif pregnant, tp untuk tengok glucose dan albumin. Apa itu glucose & albumin ? Cek SINI

 Kenapa perlu cek tekanan darah?
Prosedur. Ni adalah prosedur bila buat buku. Nurse akan cek jikalau tekanan darah korg tinggi, normal atau rendah. Mereka akan tanya jikalau ada ahli keluarga korg menghidapi hypertensi (tekanan darah tinggi)

 Kenapa perlu cek HB dalam darah? Apa itu HB?
HB ialah Haemoglobin dalam darah ataupun oksigen didalam sel darah merah. Ni sangat penting tau. Korang akan kongsi nutrisi, oksigen dgn bby korg untuk membesar. Pastikan HB jangan drop dr 11(bagi saya). Ni pun sama seperti cek air kencing. Memang setiap appointment kena buat. 


Apa yg diperlukan bila mendaftar?
1. 2 keping gambar suami, 2 keping gambar isteri bersaiz passport.
2. Sijil nikah
3. Salinan kad pengenalan suami & isteri






FUTURE
PAST