The hand that rocks the cradle is the hand that rules the world.


Hyperemesis Gravidarum (HG)
Write by Mrs NorSalihah on Monday, 13 July 2015 | 0 comments

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum, slmt sejahtera. Selamat menunaikan ibadah puasa. Alhamdulillah, dpt lagi sy update blog ni Ramadhan dah nak melabuhkan tirainya. Rasa sedih sikit tak dpt menunaikan Rukun Islam yg ke-3 ni. Tp keadaan kesihatan sy tidak mengizinkan.

So, minggu lepas sekali lg saya ke Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu. Keadaan sy tidaklah teruk sangat, cuma risaukan anak yg dikandung saja. Doktor mengesahkan sy menghidapi Hyperemesis Gravidarum (HG).  Sebelum ni sy fikirkan yg sy menghidapi morning sickness biasa, tetapi doktor pelik kenapa berat badan sy turun mendadak dan sy kerap dehydrated.

Apa itu HG ?
Hiperemesis Gravidarum (HG) adalah mual dan muntah yang teruk dalam masa kehamilan yang dapat menyebabkan kekurangan cairan, penurunan berat badan atau gangguan elektrolit sehingga menggangu aktiviti harian dan membahayakan janin didalam kandungan. Pada umumnya terjadi pada minggu ke 6 – 12 masa kehamilan, yang dapat berlanjut sehingga minggu ke 16 – 20 masa kehamilan.



 

 Perbezaan di antara Morning Sickness & Hyperemesis Gravidarum (HG)









FUTURE
PAST