The hand that rocks the cradle is the hand that rules the world.


Pray For MH370
Write by Mrs NorSalihah on Saturday, 8 March 2014 | 1 comments

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم



Assalamualaikum wbt.
Seperti tajuk entri sy kali ni, marilah kita bersama-sama berdoa untuk penumpang dan krew pesawat MH370. Pesawat ini di jadualkan berlepas daripada Kuala Lumpur International Airport (KLIA) ke Beijing, China seperti gambar di bawah.


Malaysia Airlines berkata didalam satu kenyataan yang pesawat MH370 telah hilang pada 02:40 mengikut waktu tempatan pada hari Sabtu (18:40 GMT - Jumaat) selepas berlepas dari Kuala Lumpur. Ia dijangkakan mendarat di Beijing pada pukul 06:30 (22:30 GMT)

Mengikut satu kenyataan kerajaan Vietnam, MH370 tidak dapat di kesan pada radar di selatan Vietnam. Ketua Eksekutif Malaysia Airlines En.Ahmad Jauhari berkata yang mereka lebih fokus membantu keluarga-keluarga penumpang. Dia berkata lagi, sebanyak 80% keluarga penumpang telah di hubungi.


Breakdown of Passenger Aboard Missing Malaysia Airlines Flight MH370
China - 153 including one infant
Malaysia - 38
Indonesia - 12
Australia - 7
France - 3
United States - 3 including one infant
New Zealand - 2
Ukraine - 2
Canada - 2
Russia - 1
Italy - 1
Taiwan - 1
Netherlands - 1
Austria - 1

Untuk info lebih lanjut / Sumber : nst.com
                                                  BBC.com
                                                  NYDailyNews.com 



Semoga penumpang MH370 dilindungi Allah SWT.











FUTURE
PAST