The hand that rocks the cradle is the hand that rules the world.


Disihir menggunakan gambar daripada mukabuku.
Write by Mrs NorSalihah on Monday, 21 October 2013 | 0 comments

share dr : Oh! Media

Assalamualaikum wbt.
Hari ni sy nak kongsi sikit tentang mukabuku.
Rujuk gambar & title entry kali ni ^^
Facebook ni adalah salah satu media sosial yg sering digunakan oleh rakyat Malaysia.
Tak boleh salahkan 100% pada gadis tersebut tentang insiden ni. Kita tak tahu apa yg terjadi di sebalik kes ni. Yang penting sekarang, biar lah semua ini menjadi pengajaran.
Sy nak kongsi beberapa sihir, *copy paste*



1) SIHIR PENGASIH

Sihir pengasih ni bila cinta tak berbalas. Kita cinta dan suka kat orang tu. Cinta tahap ‘kau adalah nyawaku, kau adalah jantungku, tanpamu matilah aku’ #yang ni aku tambah yer#. Tapi cinta tu hanya bertepuk sebelah tangan. Orang tu tak membalas cinta kita. Cinta ditolak. Tapi dia tak putus asa. Dia cari jalan lain. Jalan nya adalah melalui sihir pengasih ni lah. Dari orang tak suka, terus jadi suka secara tiba2. Lupa segala-galanya. Lupa isteri yang baik dan anak2 yang comel.



2) SIHIR PENUNDUK


Ini pula sihir untuk bagi orang tu dengar cakap kita. Kalau kita benci kat bos kita, kita sihirkan dia bagi bos kita tu ikut cakap kita. Kalau untuk suami pula…nak bagi suami setia hingga hujung nyawa atau takut suami cari pompuan lain #contohnya#, selalunya para2 isteri yang nak tundukkan suami ni mereka buat nasi kangkang/nasi tangas. Dengan cara ini lah sang suami akan ikut telunjuk isteri jer.


Inilah antara sihir cinta yang Ustaz Fauzi terangkan. Scary kan bila membabitkan sihir2 nih. Tak perlu nak sihir2 untuk mendapatkan cinta atau apa2 sahaja. Takkan ke mana pon. Dapat dosa lagi adalah. Ustaz cakap, ada juga sihir pengasih yang halal. Nak tau caranya? Senang…CUMA PERLU SIHIRKAN SUAMI DENGAN MASAKAN2 YANG SEDAP, LAYANAN YANG HEBAT, JANGAN LAWAN CAKAP SUAMI DAN JADI ISTERI YANG SOLEHAH. Itu jer sihir nya…hehehehe…Betul tak? Betul kan. Dan ada 3 jenis doa yang perlu diamalkan iaitu:



Doa Mengelak Sihir Doa ni elok diamalkan dalam kehidupan harian. Manusia kan…hati busuk. Ada jer yg tak puas hati. Cemburu dengan kebahagiaan orang lain pon boleh mngundang sihir juga. Sebelum kena, baik kita amalkan doa nih:SURAH AN-NISA ayat 84SURAH YUSOF ayat 64SURAH AL-MUKMINUN ayat 97-98 .


Doa Penunduk Sihir Yang ni plak doa untuk orang yang dah terkana sihir. Kalau nak tau kita dah terkena sihir ni bila kita rasa perubahan pada diri sendiri. Tetiba terasa cepat baran, hilang selera makan, badan kurus kering dan rasa hati serba tak kena. Kekadang kita tak sedar pon kita dah terkena sihir.SURAH AL-AKRAF ayat 118-122SURAH TOHA ayat 69.



Doa Membatalkan Sihir 
Bila dah terkena sihir tu, kita boleh batalkan sihir dengan amalkan doa dari SURAH YUNUS ayat 80-82.Berdoa dan yakinlah pada ALLAH. Setiap sihir/penyakit ada penawar dan ubatnya. Semua nya terkandung dalam ayat suci Al-Quran. Pesan Ustaz Fauzi lagi, jadikan SURAH 3 QUL sebagai amalan sebelum tidur dan selepas bangun dari tidur untuk mengelak dari gangguan2 sihir dan syaiton. Ini juga amalan Rasulullah s.a.w. Caranya:Siti Aisyah menerangkan : "Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala. Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut. Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.


Cara Menghindari Daripada Sihir


Pilihan 1: Sentiasa berada dalam keadaan wuduk sepanjang hari. Selagi kita dalam berwuduk selagi itulah sihir tidak dapat menembusi.


Pilihan 2: Amalkan selalu minum air limau nipis. Baca 3 Qul dan selawat syifak, minum air tersebut dan baki ¼ nya siram air tersebut ke atas kepala. Jika sihir yang baharu kena akan gugur.


Pilihan 3: Amalkan mandi limau nipis sebanyak 7 biji. Potong limau tersebut dan campurkan sedikit garam bukit. Gaulkan campuran tersebut. Mandi pakai kain basahan, tutup lubang tandas jika bilik air ada tandas. Jika bilik air sekali dengan tandas, baca ayat kursi dalam hati siram air limau tadi bermula dari kepala ke bawah. Ambil limau nipis yg dipotong tadi gosokkan bermula dari kepala ke bawah. Lepas mandi kain basahan jangan diperah dan badan jangan dilap biarkan dia kering sendiri. Lepaskan kain basahan ke bawah jangan membuang kain basahan ke atas. Limau nipis lepas mandian tadi dipungut dan dibuang ke dalam sungai di mana airnya mengalir. Amalan ini patut diamal seminggu sekali. Jika istiqamah mengamal amalan ini, sukar terkena sihir/buatan manusia jahat. Amalan ini juga elok diamalkan bila badan rasa lemah dan bila terasa nak demam. Limau nipis dan garam mempunyai aura tersendiri yang menggetarkan gelombang yang tidak disukai oleh makhluk halus. Dengan itu ia akan keluar dari badan kita. Dengan kata lain jika kita di sihirkan, sihir akan gugur.


Pilihan 4: Amalkan membaca surah Al Jin setiap malam.


Pilihan 5: Wirid Bismillah 7, sebanyak 3 kali lepas subuh dan Asar.


Pilihan 6: Untuk mengelak rumah disihir ambil segenggam garam baca 3 Qul dan tabur garam tersebut di hadapan pagar depan dan belakang rumah anda.



Pilihan 7: Tidur dengan berwuduk dan membaca 3 Qul lalu disapu ke seluruh badan, kecuali kawasan kemaluan, untuk memagarkan diri.

InsyaAllah dengan izin Allah SWT semua perkara yg tidak elok ni di jauhkan daripada kita. Mari lah kita sama2 amalkan :)







FUTURE
PAST